Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Julai 2016. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan kosong (MDKS) adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagaimana di bawah:
- Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
MDKS Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan.Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) boleh dimuat turun Di Sini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2016.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2016.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
0 comments:
Post a Comment