Friday, 29 July 2016

4 Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Ogos 2016.  Waganegara Malaysia  yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai: 


Jawatan Kosong


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

2. PENOLONG AKAUNTAN W29
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
4. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) N11

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh tutup permohonan 05 Ogos - 24 September 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Untuk Memohon/maklumat Jawatan kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Sila Klik Di Sini.


Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Kongsikan Bersama Rakan-Rakan Anda.

0 comments:

Post a Comment

Lazada Promotion

Create Your Own Online Store

Sitegiant E-Commerce