Berikut adalah jawatan kosong terkini di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Ogos 2016. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan kosong (Bank Rakyat) adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagaimana di bawah:
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 9 - Sarawak)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 8 - Perak)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 7 - Pahang / N.Sembilan)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 6 - Kelantan / Terengganu)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 5 - Sabah)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 4 - Melaka / Johor)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Ibu Pejabat, Kuala Lumpur & Selangor)
- Eksekutif Sementara & Kerani Sementara (Wilayah 3 - Kedah / Perlis / Penang)
- Sales Team Leader (to be based at Seberang Jaya & Johor Bahru)
(Bank Rakyat) Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM89.18 bilion berakhir Disember 2014.Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, kami telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.01 bilion.Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan serta produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Sebagai sebuah entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan jawatan kosong di Bank Rakyat boleh dimuat turun Di Sini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2016.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Ogos 2016.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Kongsikan Bersama Rakan-Rakan Anda.
0 comments:
Post a Comment